Tuesday, October 26, 2010

Strawberry Cuppies..

HAPPY BIRTHDAY

NADIA AMIRA BT OTHMAN..

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..


(cikgu xde duit nk bg hadiah, jd cikgu bagi cupcakes je ye.. hihihi)




Memori Daun Pisang..

Last week adalah minggu mengidam aiskrim.. maka haruslah berkunjung je Tesco dan mencari aiskrim idaman hati.. bermula dgn aiskrim potong kacang merah cap walls sampai la ke aiskrim neopolitan yg sama cap juga..

tapi tiba2 rasa x puas ati.. sebab?? aiskrim potong tu kecik sgt! sekali makan kena sampai dua! kalau ikut ati mmg nk makan abiskan 1 kotak terus.. huhu bila rasa x puas ati menjelma, maka kenalah mencari alternatif! ha!! tiba2 teringat ESKRIM MALAYSIA!! zaman kecik2 dulu mmg favourite ni.. so, bermula lah pencarian plastik eskrem cap king kong! dh dpt plastik tu, kenalah mencari kacang merah plak.. nk jugak eskrem kacang merah lg..

mlm pas siap merebus kacang merah, tambah gula merah n santan (mcm buat bubur kacang hijau tu), siapkan lak 1 jug air bandung.. semua bahan dh ada, apalagi.. operasi pun bermula!


plastik eskrem cap king kong! (plastik skrg dah kurus n pendek)


kacang merah dah rebus siap tos kan dulu sbb nak kasi senang masuk plastik


yeah.. tu dia.. kacang merah versi melimpah ruah!


tu dia! siap dah..


d next day haruslah meneruskan misi kan.. mencari la air asam masin cap double lion n asam kecut kaler merah.. perghhh...



siap export eskrem ni g shah alam lg weekend aritu.. sbb masing2 mcm sgt terliur kan.. n til now i can't recall when was the last time i ate this eskrem melaysia.. berbelas tahun juga rasanya.. haishh... dh siap beli plastik lg ni.. nk wat variation flavor of this eskrem malaysia..


MARI2!! ESKREM MALAYSIA 50SEN SEBATANG!!! (sambil pegang loceng kling3 dpn umah)


Absolutely
From My Little Kitchen

Sunday, October 17, 2010

Makan besar for Mr Ambulance Driver n Miss Private Nurse..

2/9/2010, a week before raya something bad happened.. hihihi xde la bad sgt pun, demam since afternoon.. every half an hour akan ambil body temperature.. jd paranoid sbb a week before that dh demam.. bila demam on n off dgn suma muscle n joint sakit, mula la sndiri nk diagnose dengue fever! choyyyy!!!! makin malam makin naik lak temperature.. end up kol 10mlm bila temperature dh cecah 39.2 degree celcius, my hommie yg baik ati call her boyfie juga baik hati to send me 2 d hospital.. Since Hood ni pernah ada experience mengangkat diri ini yg berat (masa kena sengat ikan kt Sabah last July) this time around, dia siap bwk Ameen.. katanya, kot la kena angkat aku ni lagi.. cis3!!!

Maka Hood a.k.a Mr Ambulance Driver, Eja a.k.a Miss Private Nurse n Ameen pun sent me straight 2 the Puteri Specialist Hospital.. Smpi sana temperature dh 39.8!! I'm HOT!! wowowowo.. Cik-Misi-Hospital-CantikManis bertindak pantas slps menerima arahan.. terus la dia cucuk IV masuk air n I'm ADMITTED!! huwawawawa...

Dok la kt spital tu 3 hari.. dan tidak lah aku berpuasa 3 ari.. Mintak dok bilik berdua, x dpt sbb penuh, so pilih la bilik yg dok berempat.. x nak dok bilik sorg2 sbb TAKUT!! huhuhu badan je besar, ati kecik! Miss Private Nurse tanya klu dia stay at the hospital will she get RM100 allowance/night? huhuhu Cik Pesakit mstilah kata x bleh kan?? hihihi bukan apa, sian dia sok nk kerja, nk dok spital plak jaga aku.. Lgpun Cik Misi Hospital pastinya akan menjaga aku dgn baik.. (sgt baik wei.. kol 5pg kejut makan ubat grrr...)

Selepas 3 ari dok spital, maka dapatlah aku pulang sambung berehat di rumah.. ha! nk balik, harus lah Mr Ambulance Driver n Miss Private Nurse dtg amek kan.. hihihi thanks guys 4 being there 4 me! (syahdu2)

Then, after a month, dpt call dr my insurance agent.. 3 days in the hospital, aku dpt RM900 hospital allowance! weeehhooooo!!!! bil hospital insurance bayar, dh kuar spital dpt allowance plak.. camni tiap2 bulan la nk demam n admitted kt spital.. *wink wink*

Jadi, haruslah mengenang jasa mereka2 yang baik hati ini.. mari kita MAKAN BESAR!! destinasi pilihan kali ini adalah Floating Restaurant Pantai Tanjung Adang, Gelang Patah.. dinner with sunset view.. heaven giler...

So, sila la order... Miss Richer by RM900 ni nak belanja..


menuju ke restoran


Mr Ambulance Driver n Miss Private Nurse


sunset... nice!




kailan ikan masin


tauhu hot plate


sotong goreng tepung


siakap 3 rasa


butter prawn


ketam black pepper





ye, kami duduk situ dr senja smpi dh gelap!


thanks alot guys!! jasamu dikenang.. can't compared with the makan besar, akan ingat sampi bila2.. klu nampak aku sakit lg, sila hantar cepat2 ke hospital! hahahhaa....


None of it comes
From My Little Kitchen


Pre-raya, Raya n etc...

Dah masuk Zulkaedah pun.. means, almost 2 months blog di x di'update'.. mula la nk menyalahkan ke'busy'an melampau konon2..

Nak menulis pun takut meng'confuse'kan diri sndri.. x bleh nk arrange things that happened in sequence.. so kita upload gambar je la byk2.. enjoy!!!!


masa makan besar sempena birthday abah



menu ptg raya ke empat..


mlm raya ke dua buat BBQ


here we are, one BIG happy family..




Tuesday, August 24, 2010

14 Ramadhan 1431

Kenapa sy suka memasak? byk sebab sebenarnya.. Nak list down susah pulak.. But 1 of the reason is, sy sangat suka tgk orang makan apa yg sy masak.. So bulan puasa ni la paling sesuai nk memasak..

Since smlm masak kuih lopes dan beras pulut masih ada lg berbaki 1/2kg, maka tiba2 rasa mcm sedap pulak klu berbuka dgn pulut kuning.. No specific hajat atau niat (mgkin kesyukuran masih diberi peluang utk bernafas sehingga hari ini) maka balik kerja mula la masuk my little kitchen..

Pulut dah direndam dengan serbuk kunyit pagi lg sebelum g kerja, so balik tinggal tos kan airnya dan mula mengukus..

Bila dah half cooked, turunkan dr pengukus dan mula menggaul beras pulut dengan santan yg dah dicampurkan dengan sedikit garam..




Then, masukkan dlm pengukus semula.. Bila dh masak, menggagau pulak mencari acuan nk tekan pulut ni.. Oleh kerana acuan cantik2 x de, maka gunakan aje lah mangkuk bulat slalu guna buat kuih tu.. kira ok la ni kan..



Makan pulak dengan rendang ayam.. Rasanya mcm mana? sudah semestinya la marvelous! huhuhu x de org nak puji kan, so kena la puji diri sendiri..


Oo.. mmg dah tau yang santan utk pulut td tu mmg akan ada lebih.. memandangkan peti ais masih rosak, so siap2 beli tepung kacang hijau.. 1 cawan tepung kacang hijau+3 cawan santan+gula melaka+garam sikit, maka jadilah kuih kole kacang! Hidangan berbuka mesti perfect-main dish siap dgn kuih sekali.. :D



Utk beberapa ari ni rasanya x kan ada entry juadah berbuka yg dtg dr my little kitchen.. Hari rabu-jumaat ni ada kls smpai ptg so x sempat nk memasak.. So, bazar la nampaknya yg akan dituju..

Tggu la bbrp ari lg utk entry juadah berbuka
From My Little Kitchen

Monday, August 23, 2010

13 Ramadhan 1431

Bila bulan puasa ni macam terlebih rajin plak main masak2 ni.. even fridge tgh rosak pun rajin jugak nk ke pasar ari2 mencari barang2 utk menjadi hidangan berbuka.. (ciri2 isteri mithali sangat terserlah di situ) huhuhu

Weekend, macam biasa lah rutinnya mesti balik kampung.. Wajib lapor diri kt mak abah lebih2 lagi sehari sebelum tu abah ada SMS yg ala2 berbaur ugutan.. 'Haji Kadir hantar pulasan nak makan balik!' tanpa noktah n koma so pandai2 la mencari intonasi yang sesuai.. tapi part yg last ada exclamation mark (!) tu mmg x bleh blah.. macam kena ugut kan?? huhuhu walaupun ayat awal tu macam ala2 sunat je jatuh hukumnya (nak makan-balik le, x nak makan-x balik pun x pe) tp bila ada tanda seruan di situ, dah jatuh hukum wajib balik la tu..

So macam weekend2 selalunya, balik mestilah melepas rindu dendam kt bilik sendiri yang sangat2 cozy tu, dan juga bersosial dok sembang2 dgn mak abah sambil meng'update' cerita2 jiran tetangga kt kampung tu.. Ini aktiviti wajib bila borak2 dgn mak abah..hihihi

Balik JB smula ahad malam selepas berbuka.. Ptg tu mula la pusing 1 rumah mencari apa2 saje yg dipikirkan wajar utk di bawa pulang.. dan kepala mula memikirkan apa agaknya menu utk keesokkan harinya.. Amek ko! Daun pisang sepelepah, serai, bunga kantan, limau kasturi n daun pegaga mak yg gemok2 n nampak sgt fresh selepas hujan..

So, 13 Ramadhan punya menu adalah seperti gambar2 di bawah.. hihihi lets d pics tell u d story..


kuih lopes in d making.. (obvious plak nampak selotep tu)


ok, siap diikat berdua2an.. ready 2 go 2 d periuk!


tadaaaa! magic kan.. dh siap pun dgn gula melaka skali


close up sket.. amacam? menggiurkan x? *wink wink*


ulam pegaga, daun selom dan semangkuk penuh sambal belacan..


so, menu berbuka: nasi putih, ayam goreng berempah, tempe goreng, ulam pegaga, daun selom n sambal belacan.. yummmyyyyy!!!
s

ok, lengkap dgn kuih lopes skali..



Oooo.. daun pisang alas kt pinggan tu sekadar utk mencantikkan gambar, bukan sebab malas basuh pinggan ye.. ciri2 isteri mithali ni kena rajin2 maner bleh malas2.. Presentation kena perfect, rasa blkg kira.. hahahaha...

Ok, sok menu apa plak agaknya ye.. kita tgguuuu next entry..



It's all From My Little Kitchen



Thursday, August 19, 2010

Salam Ramadhan 1431

Hari ini dah 10 Ramadhan (ketika entry ini ditaip).. Cepat benar masa berlalu sekarang ni.. Lagi 20 hari dah raya.. Kalau masa kecik2 dulu, nk menghabiskan 1 hari berpuasa sangat terasa lamanya.. Bila dah remaja ala2 dewasa sket pun masih terasa lamanya nk menghabiskan 1 hari berpuasa.. Siap tgk Jejak rasul petang2 dgn abah n adik2 dan masa tu la perut berbunyi2 akan didengar org.. (hishh.. kuat pulak lagu keroncong time tu.. loudspeaker kot?).. Tapi sekarang, masa berbalu sgt pantas.. perut pun x sempat nk bernyanyi2 riang lagi.. :)

Blog makan2 ni kan, so kena la buat entry makan2 wlupun bulan puasa.. in fact, bulan puasa la melambak2 makanan akan ada atas meja.. Apatah lagi kt bazar Ramadhan tu.. Segala makanan ada.. Dr utara sampai la ke selatan, Sabah Sarawak punya hidangan semua ada dijual kt bazar Ramadhan ni.. Perut tengah lapar berpuasa, jadi segala makanan nmpak sgt tempting dan segalanya nak dibeli.. Nafsu2.. hish.. Patutnya masa ni la nk mendidik jiwa.. tapi, diikutkan juga kata nafsu.. amek kau, penuh semeja masa berbuka.. oh, sy bercakap based on my own experienced ye.. Mungkin anda tidak seperti saya..

And based on the experience jugak lah, maka tahun ini sedang dalam usaha yg xberapa bersungguh2 (hihihi) untuk mengelakkan drpd membeli makanan yg 'maha' banyak kt bazar Ramadhan.. dan kalau boleh tak nak pegi la bazar Ramadhan tu langsung.. huhuhu tp apakan daya, there's nothing from my little kitchen on a certain2 day.. so kena la jugak membeli..

1st Ramadhan, sangat best.. sambut di rumah bersama mak, abah n elin.. dan semestinya lah mak yg masak kan.. So 1st day buka puasa mak buat roti jala, dan aku lak buat dadih coklat.. yes, itu sahaja.. simple kan? Malam tu call Hakeem n tanya dia berbuka apa, amek ko.. dia list kan x macam berjela2 pulak.. Roti John, murtabak, karipap, chicken wing (ada lg tp x ingat dah).. bila dia tanya Dada punya menu, si Dada pulak jawab "roti jala n dadih coklat".. n Hakeem said "itu je?" hahaha


So, ni menu 1 Ramadhan..


roti jala sebelum di jala.. selepas di jala lupa lak nk amek gambar



Bila dah balik rumah sendiri, rasa rajin pulak nak masak.. especially bila malam x de kelas.. so apa lagi, haruslah ke dapur memasak kan..


ni menu berbuka 7 Ramadhan - Mee kari


9 Ramadhan - Mee sup dan cendawan goreng tepung


close up sket cendawan tu.. huhu nyum nyum!


Hari ni x masuk dapur ye.. will go out with my friends n berbuka sama2.. steamboat n bbq katanya.. so tggu la d next entry ye..

p/s: ada beli pulut sekilo aritu.. rasa mcm nk buat kuih lopes, tiba2 rasa nk buat pulut kuning dgn rendang ayam.. haishh.. nafsu2..

Tggu next entry juadah berbuka di hari lain ye
From My Little Kitchen

Wednesday, August 18, 2010

Cuppies Comel2 4 Si Comel AAG

Babe,
Selamat Pengantin Baru..
Semoga kekal bahagia ke akhir hayat..



p/s: sian ko ek x dapat makan kek yg ko request.. hihihi x pe, beranak cepat.. kang 1st birthday anak ko aku wat kan lagi ye..



p/s/s: cuppies ni not From My Little Kitchen, sbb fridge rosak so kena merempat umah Nina nk tumpang fridge buat fondant deco.. TQ Nina!

Tuesday, August 17, 2010

JJCM di Kota Kinabalu

Hai.. bertemu lagi kita pada minggu ini dlm rancangan Jalan-jalan Cari Makan.. Kali ini saya akan bawa anda ke salah satu tempat makan yang menarik di Kota Kinabalu.. Jom kita ke sana??

Haa.. amacam?? Bleh ganti Maria Tunku Sabri n Serina Ridzuan tak agak2nya? hihihi

Last month, kami ke Sabah lagi.. When I say 'kami' itu bermaksud, saya dan adik2 saya.. Tapi kali ni ahli rombongan bertambah lagi 2 orang-Eja n Hud.. Konon2 nk jadi tourist guide utk mereka la, rupa2nya ada musibah lain yg menimpa saya dan amat2 bersyukur kerana ada meraka2 ini disamping saya.. Thanks sis n friends.. U know who U are..

So, malam selepas saya keluar dari Bahagian Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth, KK, kami mula la mencari Restoren Nelayan yg dikhabarkan makanannya sgt la sedap.. Since last year bila g KK dgn mak abah we r looking for this restaurant, tp x jumpa.. So kali ni kami berhenti tepi jalan ntah berapa kali, semata2 nak bertanya direction from the local peoples.. Dekat sejam gak la pusing2.. Dan sangat la laparnya..


harus ambil gambar separuh tanpa menunjukkan kaki yang bengkak


berjaya juga meng'cover' kaki kanan yang bengkak.. :D


Then, kami pun mula la berkira2 apa nk makan.. Ala carte or buffet? After all the considerations, buffet la.. RM30/pax bleh makan sampai muntah2 versi tamak lagi haloba.. it's not easy to achieve a body like this, u know...

steamboat n bbq buffet..


ni la ahli rombongan tambahan utk tahun ni..


Seronok sbnrnya makan buffet style ni.. tp kaki tgh sakit n kepala pun a bit drowsy effect dr pain killer, maka rasa nk makan bersungguh2 tu x de plak.. Bohong plak klu kata makan sket, makan tetap makan, tp kurang bersungguh2.. huhuhu tp mmg sedap makanan kt sini.. esp-bbq dia.. ditambah plak Cik-Penulis-sakit-so-bleh-duduk-diam2.. suma makanan mereka2 yg amek n siapkan segala la.. best2..

tgk, licin suma tggl sampah sarap jek.. ni baru 1/10 bahagian sampah sarap je ni..


tgk, Cik-Beg-Merah siap tapau masuk beg lagi tu.. clear suma yg kt meja


Dah kenyang kan, so berjalan pun mula la slow.. Maka kami pun nampak la kt tempat yg ala carte punya hidupan2 laut yg masih hidup.. mcm selalu kt seafood restaurant kan.. so mcm biasa, haruslah amek gambar binatang yg meloyakan ini..

beluttttt!!!! eeuwwww....


ketam yg sepitnya suma kena ikat.. sian dia..


lobster.. yummmeehhhh!!


Ok, itu je JJCM kt Restoran Nelayan@Floating Restaurant..

Esok malamnya punya dinner plak, kitorg g makan kt medan ikan bakar belakang Filipino Market.. smlm dah melantak mcm apa kan, so d next day haruslah mencari makanan yg murah2 pulak.. maner bleh makan besar selalu ni.. Inflasi..


pilih je apa nk makan.. suma dh siap bakar.. dh pilih, nnti diorg akan panaskan semula...


ini sejenis rumpair.. jadi sayur kena makan dgn sambal belacan.. xde rasa apa pun cuma rasa meletup2 dalam mulut je..


As usual, makanan pelik2 dia lah ratunya...


haa!! lobster yg paling kiri sekali ni harga dia RM200!! serius x tipu.. aje giler nk makan sekor lobster RM200.. baik la aku makan macam2 binatang2 yg lain n kecik2 tu.. lg murah n dpt makan banyak! banyak tu yg penting..



Ok, cukup sampai sini je JJCM di Kota Kinabalu.. Moga kita akan berjumpa lagi di dari dan waktu yg sama minggu depan.. bye...


All the above foods are NOT
From My Little Kitchen..